ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN PENGENALAN Kurikulum adalah teras kepada pembentukan generasi baharu sesebuah negara. Kejayaan dan kemajuan sesebuah negara tersebut diukur dengan tahap pencapaian dan pemikiran generasi muda mereka. Oleh itu, kurikulum yang mendorong pelajar bersifat aktif dalam menceburi pelbagai bidang serta berpikiran kreatif dan kritis perlu dirangka sesebuah kerajaan demi melahirkan generasi pemimpin. Menurut Ralph Tyler (1949) Reka bentuk Kurikulum didefinisaikan sebagai suatu prosedur alternatif dalam merangka, menerapkan dan menilai suatu kurikulum. Reka bentuk kurikulum di Malaysia diasaskan berdasarkan empat orientasi dan empat pola interaksi di mana empat orientasi tersebut adalah meliputi akademik, elektik, pelajar dan komuniti manakala pola interaksi melibatkan elemen perencanaan, misi, tindakan dan hasil. Kurikulum Ke...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL . PENGENALAN Terdapat lima prinsip utama prinsip organisasi dalam reka bentuk kurikulum standards kebangsaan yang diletakkan mengikut dua dimensi iaitu dimensi vertikal (menegak) dan horizontal (mendatar). Prinsip ini bertujuan untuk menjadikan susunan kandungan kreatif dan menyeluruh bagi mencapai matlamat kurikulum. Kesinambungan dan prinsip ketertiban digunakan di dalam prinsip penyusunan kandungan dimensi vertikal manakala prinsip litupan, Integrasi dan prinsip imbangan digunakan dalam dimensi horizontal. DIMENSI VERTIKAL Dimensi vertikal adalah dimensi yang menggambarkan hubungan berkaitan dengan peraturan pengalaman belajar dalam bidang yang sama, dan dikaitkan dengan pertimbangan urutan waktu dalam satu kelas ke kelas berikutnya dan dalam satu tingkat ke tingkat berikutnya. Prinsip penyusunan kandungan yang digunakan adalah kesinambungan dan ...
- Get link
- X
- Other Apps
APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR. OBJEKTIF Objektif yang dinyatakan oleh Tyler dalam modelnya bermaksud matlamat yang hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya dan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru akan menetapkan matlamat dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan. Beliau juga menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, seorang pendidik harus memastikan objektif pelajaran yang dipilih selaras dengan keperluan pelajar di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat. Ciri objektif yang jelas dan baik pula haruslah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar. Contohnya, untuk merangka suatu pengajaran yang bersistematik, Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi rujukan utama. Selain itu, dalam menentukan objektif terdapat beberapa pertimbangan yang harus diambil kira seperti penglibat...
- Get link
- X
- Other Apps
REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA. Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi. Sebagai satu pelan/rancangan untuk tindakan satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang diingini. Kurikulum yang direka haruslah mempunyai pelan dan struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak berlakunya kekeliruan ketika melakukan kurikulum tersebut. Kurikulum kebangsaan yang direka ini adalah bersifat eklektik iaitu menggabungkan 3 orientasi reka bentuk iaitu: i) Kurikulum berpusatkan pelajar ii) Kurikulum berpusatkan akademik iii) Kurikulum berpusatkan masyarakat MAKSUD KURIKULUM Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendi...