Posts

Showing posts with the label MUHAMMAD AL SAUFAN BIN ALBIDIN (D20211100796)
Image
  APLIKASI MODEL KURIKULUM TYLER KE ARAH MEMBINA PENGALAMAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR. OBJEKTIF Objektif yang dinyatakan oleh Tyler dalam modelnya bermaksud matlamat yang hendak dicapai oleh guru terhadap pelajarnya dan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru akan menetapkan matlamat dan objektif yang diperoleh di akhir sesuatu pembelajaran yang dilaksanakan. Beliau juga menyatakan bahawa dalam usaha mencapai objektif, seorang pendidik harus memastikan objektif pelajaran yang dipilih selaras dengan keperluan pelajar di samping isi kandungan yang sesuai dengan keperluan masyarakat.  Ciri objektif yang jelas dan baik pula haruslah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar. Contohnya, untuk merangka suatu pengajaran yang bersistematik, Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum haruslah menjadi rujukan utama. Selain itu, dalam menentukan objektif terdapat beberapa pertimbangan yang harus diambil kira seperti penglibat...