REKA BENTUK KURIKULUM KEBANGSAAN DAN PENERJEMAHANNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA.


Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi.

  1. Sebagai satu pelan/rancangan untuk tindakan satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang diingini.

  2. Kurikulum yang direka haruslah mempunyai pelan dan struktur yang jelas dan didokumenkan supaya tidak berlakunya kekeliruan ketika melakukan kurikulum tersebut.

  3. Kurikulum kebangsaan yang direka ini adalah bersifat eklektik iaitu menggabungkan 3 orientasi reka bentuk iaitu:

    i) Kurikulum berpusatkan pelajar

    ii) Kurikulum berpusatkan akademik

    iii) Kurikulum berpusatkan masyarakat

 

MAKSUD KURIKULUM

Menurut KPM kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia adalah suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai dan norma unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diturunkan kepada ahli-ahlinya.

Kurikulum bermaksud skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi pendidikan seperti di sekolah dan universiti. Kurikulum ditentukan dan ditetapkan oleh sesebuah Negara itu melalui Kementerian Pendidikan.  (Wikipedia, ensiklopedia bebas).

Kurikulum berasal daripada perkataan Latin “currere” maksud “race course” atau laluan/jejak/jurusan. Curriculum dalam bahasa inggris bermaksud jelmaan.

Menurut Goodlad (1973) : Kurikulum merupakan satu bidang yang sukar ditakrifkan.

Menurut Smith et al (1957) : Kurikulum merupakan satu urutan pengalaman yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir dan bertindak secara kumpulan

 

KONSEP KURIKULUM

Dokumentasi khas dan panduan.

Tumpuan kepada kaedah penyampaian.

Program pengajian yang merujuk kpd mata pelajaran

Membentuk pengalaman pembelajaran terancang.

Konsep yang tersirat.

 

MATLAMAT/ OBJEKTIF KURIKULUM

Garis panduan dan penentu sempadan ilmu.

Penyampaian maklumat ikut peringkat.

Relevan dan sesuai dengan kehendak semasa. 

Membina modal insan abad ke 21. 

Melahirkan insan seimbang (J.E.R.I.S)

Kurikulum yang sama – ideologi masyarakat yang sekata dan bersatu.

Melahirkan insan yang sayang dan cinta akan tanah air.

 

FALSAFAH PENDIDIKAN KURIKULUM

Idealisme - Ilmu diperoleh dari kebolehan berfikir.

Realisme - Kebenaran adalah apa yang dapat dilihat.

Paramatisme - Idea yang dapat dipraktikkan adalah benar.

Perianelisme - Pendidikan adalah berada dalam keadaan tetap.

Essentialisme - Kurikulum dan guru adalah faktor penting dalam pembelajaran.

Progressivesme - Pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan dan kemajuan.

Rekonstrutionalisme - Penerapan t/jawab sosial dan lahir masyarakat berilmu.

Eksistentialisme - Pendidikan melalui persekitaran. Guru bantu murid meneroka.

 





Comments

Popular posts from this blog