ANALISIS PRINSIP ORGANISASI DALAM REKA BENTUK KURIKULUM STANDARD KEBANGSAAN DARI DIMENSI VERTIKAL DAN DIMENSI HORIZONTAL .



PENGENALAN


Terdapat lima prinsip utama prinsip organisasi dalam reka bentuk kurikulum standards kebangsaan yang diletakkan mengikut dua dimensi iaitu dimensi vertikal (menegak) dan horizontal (mendatar). Prinsip ini bertujuan untuk menjadikan susunan kandungan kreatif dan menyeluruh bagi mencapai matlamat kurikulum. Kesinambungan dan prinsip ketertiban digunakan di dalam prinsip penyusunan kandungan dimensi vertikal manakala prinsip litupan, Integrasi dan prinsip imbangan digunakan dalam dimensi horizontal. 


DIMENSI VERTIKAL 


Dimensi vertikal adalah dimensi yang menggambarkan hubungan berkaitan dengan peraturan pengalaman belajar dalam bidang yang sama, dan dikaitkan dengan pertimbangan urutan waktu dalam satu kelas ke kelas berikutnya dan dalam satu tingkat ke tingkat berikutnya. Prinsip penyusunan kandungan yang digunakan adalah kesinambungan dan prinsip ketertiban. 


     Kesinambungan bermaksud pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang harus dikuasai oleh murid-murid seiring dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental mereka. Kesinambungan yang lancar dimulai dengan peringkat paling asas sehingga membolehkan pelajar mengaplikasikannya untuk meneroka pada tahap lebih tinggi. Contohnya, keselarasan dan kesepaduan. Oleh itu, objektif penting yang berguna untuk peningkatan pembelajaran pelajar perlulah didedahkan secara menyeluruh supaya mereka dapat menerokai ilmu dengan lebih mendalam. 


     Seterusnya , prinsip ketertiban yang bermaksud jumlah timbun-tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. Prinsip ini menyarankan supaya pembelajaran dilaksanakan secara berterusan dan berurutan yang berdasarkan pengalaman lalu supaya pelajar dapat mempelajari sesuatu ilmu dengan lebih luas.  


DIMENSI HORIZONTAL 


Dimensi horizontal bermaksud kandungan pembelajaran untuk satu subjek sealiran dengan satu subjek yang lain dari segi konten dan penilaian. Seterusnya, hasil yang diperolehi akan dikumpulkan kepada satu tema dan topik, iaitu dengan menentukan skop kandungan kurikulum secara mendatar ataupun sealiran. Dimensi horizontal juga difahami sebagai susunan isi kandungan daripada pelbagai mata pelajaran yang sama untuk menjadi satu mata pelajaran yang baru. Prinsip penyusunan kandungan yang terdapat dalam dimensi horizontal adalah prinsip litupan, prinsip imbangan, dan integrasi. 


     Prinsip litupan adalah prinsip yang berkaitan dengan keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Keluasan dan kedalaman kandungan berkait dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap murid menguasai kandungan ilmu dengan mengikut tahap pendidikan dan kognitif. Perkara yang perlu diberi perhatian adalah perkara penting dalam mata pelajaran, kesediaan murid dan pengalaman murid. 


     Seterusnya, prinsip imbangan di mana prinsip ini membawa maksud kepada kandungan yang merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada murid untuk dikuasai. Prinsip ini juga dapat membantu dalam menyesuaikan konsep yang berkaitan dengan mata pelajaran dan disiplin. 


     Integrasi adalah prinsip yang menekankan pengalaman dalam pembelajaran di sekolah serta dihubungkaitkan antara satu sama lain agar pembelajaran lebih berguna dan menyeluruh. Elemen merentas kurikulum yang dikaitkan dengan integrasi adalah bahasa, ilmu, kemahiran, nilai, teknologi, inovasi, kreatif dan keusahawanan. Elemen-elemen ini merupakan nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan dalam setiap kandungan kurikulum di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Elemen teknologi, keusahawanan dan inovatif, kreatif merupakan elemen baru yang ditambahkan ke dalam kandungan kurikulum standard pada tahun 2010. 


Comments

Popular posts from this blog